mcmc
Galeri

MAKLUMAT AM

 

 

                                   

                                 

       Pekan Lenga terletak dalam kawasan parlimen Pagoh dibawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang yang dikemudi oleh Yang Berhormat Tuan Hj Ismail bin Mohamad. Kedudukannya yang hampir dengan sungai Lenga menunjukkan aktiviti penduduk setempat pada masa dahulu adalah nelayan dan menggunakan jalan sungai sebagai medium perhubungan antara satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Seiring dengan arus kemodenan, kini jalan raya mengambil alih fungsi sungai sebagai laluan utama dan kebanyakan pendudukan setempat memperolehi sumber pendapatan melalui hasil kebun seperti kelapa sawit dan getah.

         Berhampiran dengan Pekan Lenga, terdapat juga kemudahan dan fasiliti seperti:

  • Pusat Internet 1 Malaysia/PI1m (100 m)
  • Balai Polis Pekan Lenga (10 m)
  • Klinik Desa Batu 30 (100 m)
  • Sekolah Kebangsaan Lenga (100 m)
  • Sekolah Agama Pekan Lenga (100 m)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lenga (200 m)
  • Perpustakaan Desa Kampung Jawa Lenga (2 Km)
  • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti/PDK (2 Km)
  • Klinik Kesihatan Lenga (4 Km)

       Majoriti pendudukan adalah dari bangsa melayu dan tinggal di kawasan-kawasan kampung. Penduduk berbangsa cina pula tinggal di kawasan pekan dan taman-taman dengan menjalankan aktiviti perniagaan. Minoriti penduduk pula adalah orang asli dan tinggal di Kampung Batu 29. Mereka menjalankan aktiviti memungut hasil hutan dan juga berkebun untuk memperolehi pendapatan seharian. Walaupun berbeza bangsa dan agama, hubungan akrab antara penduduk masih diterapkan melalui aktiviti-aktiviti sukan, perayaan, perniagaan dan juga sekolah campur.

     Terdapat juga beberapa kampung yang terletak berdekatan seperti Kampung Jawa, Kampung Batu 30, Kampung Batu 29, Kampung Batu 28, Kampung Stulang Gajah dan juga Felda Batu 27 Lenga.