Pusat Internet merupakan sebuah projek kerajaan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama antara Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd) dan MSD Digital Intelligence. Pusat Internet terletak di bawah program pemberian perkhidmatan sejagat bagi merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan luar bandar serta mewujudkan sebuah komuniti bermaklumat tanpa mengira usia.
Dalam mencapai aspirasi ini, pelbagai program, latihan serta bengkel berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Segala aktiviti yang dirancang untuk komuniti diberi secara percuma kepada segenap lapisan komuniti tanpa mengira usia, agama dan bangsa agar memperolehi maklumat bermanfaat bersama.
Objektif NADI Pekan Lenga :
- Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang teknologi komputer dan Internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI .
-
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
Latihan yang disediakan adalah merangkumi :
- Pengenalan Perkakasan Komputer
- Pengenalan Asas Internet
- Pengenalan kepada Aplikasi Elektronik ( e-kerajaan , e- pembelajaran dan e- dagang)
- Desktop Publishing (Microsoft Word, Microsoft Excel , Microsoft PowerPoint)
Perkhidmatan yang disediakan oleh NADI Pekan Lenga adalah:
- Mencetak
- Mengimbas
- Fotostat
- Laminate
- Zon internet tanpa wayar (WiFi)
- Bayaran Penggunaan Internet
-
Ahli RM 1.00 / jam
Pelawat RM 2.00 / jam
Maklumat Petugas:
- Nama Pengurus : Abdul Sabiq bin Ahmad
- Nama Pen pengurus : Nurain Wahidah Binti Mustafar
- No Telefon : 019-3537061/010-7751713
- Emel : pekanlenga@pjk.com.my
- Alamat Portal : pekanlenga.pjk.com.my
- FB : Page Pekan Lenga
- Alamat NADI Pekan Lenga :
- NADI Pekan Lenga,
- Hj Yaakob, Pekan Lenga,
- 84040 Muar, Johor
