mcmc
Maklumat Setempat

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MYKOMUNITIKREATIF (#MYkif)

R3 mykif4 Page 2
JOM!!
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk menggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan .
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
 
Tema : ILMU DIKONGSI
Tarikh Tutup Penyertaan : Fasa 1: 31 Mac 2016
                                      Fasa 2: 31 Mei 2016
                                      Fasa 3: 31 September 2016
                                      Fasa 4: 30 November 2016
 
 
Terma dan syarat pertandingan
 
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) seluruh Malaysia.
2. Peserta di bawah umur 18 tahun mestilah mempunyai kebenaran daripada ibubapa atau penjaga.
3. Peserta yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.
4. Peserta dikehendaki menghasilkan video dalam bentuk tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan
5. Contoh kandungan adalah seperti kaedah tugasan rumah harian, kraftangan, pertukangan, perkongsian resipi, amalan petua, penjagaan kesihatan, fesyen atau pelancongan
6. Video yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi 5 minit
7. Video yang dihasilkan hendaklah dimuat naik ke YouTube melalui akaun yang dibuka oleh peserta sendiri berserta tag ‘MYkomunitikreatif’ dan ‘MYkif’
8. Penyertaan hendaklah di dalam Bahasa Malaysia atau mempunyai sarikata Bahasa Malaysia
9. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan
10. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://mykif.mcmc.gov.my sebelum tarikh tutup pertandingan
11. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak16. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan
12. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan
13. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran
14. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan
15. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan
16. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Tajuk Produksi, Nama (dan ahli-ahli kumpulan jika ada), Nama Pusat Internet 1Malaysia, Daerah dan Negeri di awal video.

HADIAH
Video MYkif Terbaik : RM1,000 x 10 Pemenang
Video MYkif Unik : RM1,000 x 10 Pemenang
Video MYkif Berpotensi : RM1,000 x 5 Pemenang
Penyertaan terbanyak
(Individu/Berkumpulan) : RM1,000 x 3 Pemenang
Penyertaan Terbanyak
(PI1M) : RM1,000 x 3 Pemenang

PERTANYAAN
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekretariat
PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MYKOMUNITIKREATIF
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
MCMC TOWER 1, JALAN IMPACT, CYBER 6
63000 CYBERJAYA
Emel : mykif@cmc.gov.my
Web : http://mykif.mcmc.gov.my